Monday 20 May 2013

MyMotherLand: Identiti Negeri di Malaysia

Di Malaysia, setiap negeri ada identiti tersendiri dan that's make Malaysian so unique. Walaupun ada segelintir yang suka mencerca tanah air sendiri (padahal yang suka mencerca tu pun bukannya lahir kat oversea dan asal mak bapak pun lahir di Malaysia), Malaysia tetap menarik di mata negara luar. Kalau Malaysia ni diibaratkan seperti makanan, I'm glad to say that Malaysia ialah sejenis makanan eksotik yang ada pelbagai perisa dan bahan. Only one of a kind.

Di Malaysia, seperti yang dah di-mention-kan di atas bahawa setiap negeri ada identiti tersendiri. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Taman Sahabat di Kuching, di situ terdapat plat-plat tembaga yang memaparkan identiti dan ciri-ciri unik dalam setiap negeri di Malaysia, from Perlis to Sarawak. Bagi penggemar subjek Sejarah, mempelajari identiti negeri di Malaysia akan membuatkan anda menghargai seluruh identiti yang hidup di tanah air ini.


Negeri-negeri di Malaysia>>


1. Perlis- The Land Beyond the Sky

Perlis merupakan sebahagian dari Kedah. Pada masa dulu, Perlis diperintah oleh kerajaan dari Siam dan Aceh. Jika perkataan 'Indera Kayangan' diterjemah ke bahasa Inggeris, identiti lain untuk Perlis ialah The Land of Senses Fairyland. Cantik kan nama ni?


2. Pulau Pinang- The Island of Pearl

Seperti keadaan saiznya yang kecil molek, Pulau Pinang merupakan bekas jajahan British yang paling bernilai selain dari Singapura. Pernah dikenali sebagai Tanjung Bidara dan juga Prince of Wales Island, Pulau Pinang terkenal dengan kedudukan strategik yang sesuai untuk aktiviti maritim dan laluan perdagangan. Turut disebut sebagai Pulau Mutiara, ia juga terkenal dengan identiti lain seperti The Penang Island, The Land of Laksa dan kegemaran saya- The Land of ABC (seriously, air batu campur from Penang memang sangat awesome!)


3. Kedah- The Land of Peace

Disebut sebagai Kedah Tua pada masa dulu, Kedah terkenal dengan kekayaan sawah padi, kisah Mahsuri, Lembah Bujang dan Pulau Langkawi. Selain dari itu, ia juga kaya dengan catatan sejarah seperti kisah Merong Mahawangsa, kerajaan Melaka, Srivijaya, Chola dan Palembang. Sudah semestinya identiti lain untuk Kedah ialah The Land of Rice Bowl, atau, The Land of Old City, ataupun The Land of Eagle.


4. Perak- The Land of Grace

Perak, atau 'silver' dalam bahasa Inggeris merupakan negeri yang terkenal dengan aktiviti timah dan tin. Ia juga terkenal dengan catatan sejarah berkenaan dengan pelbagai kerajaan seperti Gangga Negara, Kesultanan Melayu Melaka, Empayar British dan kolonial Belanda. Selain dari itu, bandaraya Ipoh merupakan sebahagian daripada sejarah kopi putih. Oleh itu, identiti lain untuk Perak ialah The Silver Land, The Land of Past Kingdoms, dan yang paling wangi-The Land of White Coffee


5. Pahang- The Land of Tranquility

Pahang merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan kaya dengan pelbagai jenis sungai dan alam flora. Pahang juga terkenal dengan pusat percutian berhawa dingin seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Fraser Hill dan Bukit Tinggi. Mungkin, identiti lain untuk Pahang ialah The Land of Highlands.


6. Kelantan- The Land of Blissful

Kelantan merupakan negeri agraria pada zaman dulu. Kemudian, ia terkenal dengan penyebaran agama Islam. Menurut teori, asal nama Kelantan ni datangnya dari makna berkilat, berkilau, atau bercahaya. Jadi, identiti lain untuk Kelantan semestinya The Land of Lightning. Selain itu juga, Kelantan pernah disebut sebagai pusat penyebaran Islam maka The Stoep/Verandah of Mecca ialah identiti lain untuk Kelantan.


7. Terengganu- The Land of Faith

Terengganu merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan Batu Bersurat. Negeri ini juga kaya dengan gugusan pulau yang menarik dan cantik seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Lang Tengah. Ia juga terkenal dengan keropok lekor. Asal nama Terengganu ini dikatakan dari perkataan 'Terang ganu' yang bermaksud 'pelangi yang terang'. Jadi, identiti lain untuk Terengganu ialah The Land of Bright Rainbow, The Land of Islamic Heritage dan yang paling sedap, The Land of Keropok Lekor,*yummy~


8. Johor- The Land of Dignity

Johor ialah negeri yang terletak di selatan Semenanjung dan berjiran dengan negara Singapura. Terkenal dengan pelbagai jenis budaya Melayu, Johor mendapat nama dari perkataan Arab 'Jauhar' yang bermaksud 'permata'. Sudah semestinya, identiti lain untuk Johor ialah The Land of Jewel, atau The Land of Friendly Neighbour dan juga The Land's End- merujuk kepada nama lokasi Ujong Tanah yang terletak di hujung Semenanjung.


9. Negeri Sembilan- The Special Land

Negeri Sembilan merupakan negeri yang di bawah pengaruh Minangkabau dan jurai sebelah ibu. Ia juga sebahagian dari Kesultanan Melayu Melaka. Negeri Sembilan mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana pengaruh Minangkabau yang kuat dari segi gaya hidup, makanan, adat perkahwinan, seni bina dan juga penggunaan bahasa. Oleh itu, identiti lain bagi Negeri Sembilan ialah The Land of Minangkabaus, The Land of Motherhood dan yang paling mudah, The Nines.


10. Melaka- The Historic State

Melaka merupakan lokasi di mana bermulanya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Portugis bangkit. Ia juga dihiasi dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terkenal seperti A'Famosa. Selain itu, ia juga terkenal dengan catatan sejarah Sulalatus Salatin, kisah Hang Tuah, persahabatan dengan China, penaklukan, dan juga pengisytiharan kemerdekaan. Walaupun Melaka tidak mempunyai sultan lagi untuk mengetuai negeri, identiti lain untuk Melaka ialah The Land of the Kings, The Friendship Land, The Land of Independence dan yang paling penting sekali, The Land of Melaka's Tree.


11. Selangor- The Land of Sincerity

Selangor merupakan negeri yang terletak di barat daya Semenanjung. Kuala Lumpur dan Putrajaya pernah di bawah pentadbiran Selangor sebelum menjadi wilayah persekutuan. Walaupun asal nama Selangor ini dikatakan dari perkataan 'selangau' yang membawa maksud 'lalat besar', ia tidak begitu menarik untuk dijadikan identiti (Selangor, The Land of Large Flies- seriously, bunyinya langsung tak menarik). Jadi, identiti lain untuk Selangor ialah berdasarkan kedudukannya iaitu The Land of West Coast Peninsular, ataupun berdasarkan teori Selang-Ur/ Sela-Ngor iaitu The Land of Straits dan The Land of Bamboos.


12. Sabah- The Land Below the Wind

Sabah dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara sebelum menjadi negeri di bawah bayu. Terkenal dengan gugusan pulau yang sangat cantik, kekayaan alam flora dan fauna seperti rafflesia dan orang utan, ia juga dikenali dengan seni kraf tangan, penduduk berbilang kaum dan tradisi tempatan. Berdasarkan teori, asal nama Sabah ini diambil dari perkataan Arab dan Brunei yang bermaksud 'matahari terbit' dan 'hulu'. Oleh itu, identiti lain untuk Sabah ialah The Land of Sunrise dan The Upstream Land. Mungkin, The Mountainous Land juga sesuai untuk Sabah memandangkan Gunung Kinabalu dan banjaran sekelilingnya sangat terkenal di Asia Tenggara. 


13. Sarawak- The Land of Hornbills

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang kaya dengan suku kaum yang pelbagai, tanah yang besar, makanan yang unik/pelik dan banyak tradisi. Ia juga satu-satunya negeri yang diperintah oleh keluarga British manakala negeri-negeri lain dinaungi oleh Empayar British dan juga dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sarawak juga kaya dengan hutan hujan, buaya-buaya, hasil gambier dan yang paling menarik sekali ialah bulatan di setiap jalan raya. Jadi, sudah pasti identiti lain untuk Sarawak ialah:

The Land of Rajah and Ranee
The Land of Exotic Gambier
The Land of Crocodiles
The Land of Mixed-Folks
The Rainforest Land
dan The Land of Roundabouts!


*Singapura- The City of Lion/Merlion 

Sebelum terpisah dari gagasan Malaysia pada 1965 dan menjadi negara Republik, Singapura merupakan negeri dalam Malaysia. Pada masa dahulu, Singapura dikenali sebagai Temasek yang membawa maksud 'bandar laut' dan ditadbir oleh kerajaan Srivijaya. Nama Singapura bermaksud 'Kota Singa' di mana perkataan pura (kota) diambil dari bahasa Sanskrit tetapi singa tidak ada di sini (melainkan di zoo sahaja). Nama 'Kota Singa' ini sebenarnya merujuk kepada pemimpin yang menemui kerajaan purba Temasek, Sang Nila Utama kerana mempunyai sifat bengis seperti singa. Kini, Singapura terkenal dengan simbol Merlion iaitu kacukan antara Mermaid dan Lion, walaupun haiwan tersebut juga tidak wujud di Singapura. Mungkin, identiti lain untuk Singapura ialah The Crown Colony Land dan The Young Country.

Tapi bagi saya, Singapura ialah 'The Land of Malaysian's Memories' dan 'The Ex-state of Malaysia'.

Kesimpulannya, setiap identiti membawa keunikan, latar belakang dan juga sejarah yang tersendiri.

p/s: Unity is strength
[#tmg2013]

No comments:

Post a Comment