Sunday 12 May 2013

Menu Salad Mea

Salad ialah menu mudah untuk diet. Tak semestinya diet untuk kurus tapi diet juga untuk menjaga kesihatan. Salad boleh disiapkan ikut selera masing-masing dan pelbagai jenis bahan boleh digunakan. So, sila semak dalam peti sejuk anda dan mulakan menu pagi anda dengan makan salad (walaupun member pernah cakap makan salad ni macam ragut rumput^^)

Salad Mea



Mea bermaksud 'saya' atau 'milik saya' dalam bahasa Latin. Dalam bahasa Malaysia disebut sebagai 'salad saya'. Jadi salad ni dibuat ikut selera dan kreativiti anda sendiri. Berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur, anda bebas untuk masukkan apa saja bahan (asalkan tak keracunan). Sebagai contoh:




Kobis ungu (dipotong panjang)
Daun pegaga (dipotong empat bahagian)
Buah mangga (dipotong panjang)
Bawang merah besar (dipotong dadu)
Kacang gajus (dipanggang dan ditumbuk halus)
Buah anggur (dipotong kecil-kecil)
Salad mayonis (coleslaw, thousand island ataupun jenis yang lain-ikut suka anda sendiri)




Jika ada bahan lain yang sesuai seperti lobak merah, kobis hijau ataupun daun salad hijau, ia juga boleh disertakan sekali. Untuk penggemar daging, anda juga boleh masukkan corn beef sebagai sampingan.


Selamat mencuba =)




#tmg2013

No comments:

Post a Comment