Wednesday, 29 May 2013

Pizza yang Thriller

Pizza (2012) poster
Pizza, sebuah filem Tamil yang diterbitkan pada 2012 merupakan sebuah filem 'thriller-horror' yang sangat kreatif (pendapat aku la). Semalam pada pukul 9 malam kat Astro 202, aku menonton filem ni sampai pukul 12. Jadi, aku nak share sikit apa yang best sangat pasal Pizza ni.

___________________________________________
Cerita Pizza ni pasal budak penghantar piza yang bernama Mike. Seorang yang jujur dengan bos dia, Shanmugam dan takut ngan kewujudan hantu. Mike ni ada isteri yang bernama Anu- budak kolej yang sangat suka cerita seram dan penulis novel seram yang tak brape nak menyerlah. So, one day, segala kejujuran Mike ni hancur disebabkan ketamakan dia.

Di kawasan tersebut terdapat satu kes bunuh yang membabitkan tiga ahli keluarga (bapa, mak dan anak pompuan). Kes tu berlaku di sebuah banglo yang bernama banglo Smitha. Kes tersebut dikatakan menjadi penyebab rumah tu berhantu. Selain dari tu, ada 2 orang polis yang mati di situ beberapa bulan yang lepas jadi tak ada siapa yang berani masuk ke dalam rumah tu. Shanmugam, bos kepada Mike pulak ada anak pompuan yang selalu histeria dirasuk oleh roh yang bernama Nithya. Oleh sebab tu, Mike takut untuk hantar piza waktu malam dan dia jugak takut untuk datang ke rumah Shanmugam. Disebabkan ketakutan tu la Anu selalu mengusik Mike.

Pada suatu hari, pengutip cukai nak datang ke kedai Shanmugam. Shanmugam yang ada berlian bernilai jutaan rupee tak nak bayar cukai lebih so dia letak berlian tu dalam bekas gula-gula dan suruh Mike hantarkan bekas tu ke rumah. Disebabkan takut ngan anak Shanmugam yang selalu meracau tu, Mike kemalangan semasa nak hantar bekas tu ke rumah. Jadi, dia pusing balik ke rumah sendiri dan tukar baju. Pada malam itulah, Anu dan Mike menyedari yang Shanmugam memiliki berlian yang sangat bernilai. Anu, pompuan yang mahukan kehidupan high class tapi tak mampu akhirnya suggest kepada Mike untuk curi berlian tu dan larikan diri. Pada mulanya Mike pertahankan kejujurannya. Tapi, disebabkan pujuk-hasut Anu yang penuh kasih sayang, Mike bersetuju. Pada hari itu, Mike korbankan kejujurannya demi beberapa butir berlian milik orang lain.

Nak amek hak orang bukannya senang, lagi-lagi hak tu melibatkan duit. Anu, seorang penulis seram yang kreatif memilih banglo Smitha sebagai penyebab kehilangan berlian tersebut. Seperti yang dirancangkan, Mike telah pergi ke rumah tersebut dan tinggalkan motosikal di hadapan rumah tersebut lalu menghilang selama beberapa hari. Anu pula dihantar ke Bangalore bersama berlian tersebut sementara menunggu plan diorang menjadik. Kemudian, Mike kembali kepada Shanmugam, seolah-olah kerasukan. Kononnya, dia tersilap hantar piza ke rumah Smitha, lalu menyaksikan pembunuhan, terkurung dan diganggu oleh hantu-hantu yang ada di dalam rumah tersebut. Mike juga menipu Shanmugam yang dia tertinggal berlian di dalam rumah tersebut. Shanmugam, seorang lelaki yang percaya pada roh jahat berhasrat untuk bantu Mike untuk sembuh dan dapatkan berlian tu semula. Bukan itu saja, dia juga mahu sembuhkan anak pompuannya yang dikatakan dirasuk oleh anak Smitha yang bernama Nithya. Tapi sebenarnya, nama anak Smitha bukannya Nithya. Itu semua rekaan Anu.

So, dalam beberapa hari, Shanmugam mengupah dukun untuk sembuhkan Mike yang langsung tak kerasukan. Mike alami masalah untuk lari dari Shanmugam kerana selalu dikawal oleh pekerja Shanmugam yang lain. Jadi, dia berpura-pura sembuh dari kerasukan dan memulakan kerjanya semula sebagai budak penghantar piza. Jadi pada suatu petang, Shanmugam terima order pelanggan dan mintak Mike pergi hantarkan piza tersebut. Dalam perjalanan, Mike berhenti di tepi jalan lalu kencing dan menelefon Anu yang menunggu di Bangalore. Dia memberitahu yang dia akan ke sana dalam tempoh 2 hari. Pada masa tu, Mike dah membayangkan kehidupan mewah bersama Anu dan berlian yang mereka curik.

Habis je call, Mike teruskan perjalanan ke rumah pelanggan. Seorang pompuan tua membuka pintu rumah dan meminta Mike masuk. Pompuan tua tu naik atas untuk amek duit kecik, lalu memanggil cucunya yang bernama Nithya. Dengan serta merta, Mike terus cuak bila terdengar nama Nithya. Kemudian, dia menyedari gambar keluarga tiga beranak dan resit di tangannya. Semuanya seperti apa yang dibayangkan dan dirancangkan oleh Anu. Lepas tu, Nithya muncul sambil pandang muka Mike. Tiba-tiba, pintu berdentum lalu tertutup rapat. Lampu akhirnya padam. 

Akhirnya, semua plan seram Anu menjadi kenyataan.

p/s: So, kesimpulannya, jangan tamak. Sifat tamak tu la yang membuatkan manusia sanggup menipu dan berbohong. Akhirnya, manusia jugak yang rugi. Untuk cerita ni, Mike la yang paling rugi sebab penat2 menipu, Anu yang jadi kaya-raya. Bodoh kan jantan ni dek sayang sangat ngan bini?

#tmg2013

No comments:

Post a Comment