Monday 22 October 2012

Urban Legend: Kisah Seram di Sarawak

Kisah seram, kat mana2 pun mesti ada cerita supernatural ni (tapi tak dijadikan drama bersiri macam Supernatural Dean dan Sam Winchester). Actually, aku membesar dengan cerita macam ni, dan aku memang suka sangat dengar cerita2 seram. Kalu Shah Alam ada cerita rumah seram with busut besar kat kawasan main air Wet World tu, atau cerita pemandu takde kepala kat Karak Highway or kisah seram pasal  hantu merayau kat Jambatan Pulau Pinang, (pendek kata, semua tempat pasti ada makhluk paling seksi dan seksa)...Sarawak pun ada kisah tersendiri. Aku sebenarnya nak share kisah ni dalam bahasa sendiri (yakni bahasa Sarawak) tapi aku takut non Sarawakian susah nak faham. Jadi untuk bersikap adil, saksama dan lebih berwawasan, aku gunakan bahasa yang korang bleh catch up ^^

Kisah Satu: Biji Mata Celah Siling

Ni kisah benar yang terjadi kat aku sendiri 19 tahun setengah yang lalu. Masa tu, atuk aku masih hidup lagi. Masa tu, kem polis (tempat aku tinggal) dan Kampung Astana Lama (lokasi rumah atuk, sekarang dah jadi area Masja) terletak berdekatan jadi kitorang selalu ke situ dengan berjalan kaki. Suatu hari, parent aku decide nak tidur semalam dua kat rumah atuk. Memandangkan kitorang memang close ngan atuk dan nenek jadi kitorang tak kisah nak stay berapa lama pun. Untuk malam pertama kitorang bermalam kat situ, aku nak tidur sebelah atuk aku. Tau pulak kakak aku mengalah, biasanya dia yang menang. So, tidurlah aku bersama atuk dan nenek (actually, nenek tidur kat tepi katil antik dengan tilam kekabu dia). 

Malam tu, aku rasa macam tak ada perasaan untuk tidur, aku masih kecik masa tu. Untuk beberapa jam, aku just tengok muka atuk aku dan tarik kulit kendur kat hujung siku dia (tak tau apa pasal). Kemudian, aku dongak ke arah siling, konon nak kira bape ekor anak biri melumpat pagar. Tapi sesungguhnya, bukan anak biri yang aku nampak, tapi bijik mata besar dan bulat tengah merenung aku kat celah siling yang belum dibaiki. Untuk beberapa saat, aku main mata dengan bijik mata itu sambil bercakap sendiri, "besarnya bijik mata ni, mata manusia ke?". Setelah puas bermain mata dengan bijik mata, aku berbisik kat telinga atuk dan cakap, "pak nek, ada bijik mata kat atas atap" dan tiba-tiba!---atuk aku tutup mata aku dan cakap, "tidur..."

Esok, bila aku bangun aku bagitau mak ada bijik mata yang tengok aku malam semalam. Mak aku kata, "la, bijik mata cicak tu." Aku balas balik, "bijik mata cicak kecik...yang tu besar." Terus mak aku terdiam dan tak cakap apa2. Sekarang, baru la aku tau bijik mata tu kepunyaan makhluk kecik pendek...aku rasa korang tau makhluk apakah itu dan tau apa pasal ada crita makhluk pendek kat area Masja.

Kisah Dua: Hantu Janet

Kisah hantu Janet merupakan kisah seram yang femes sekitar tahun 60-an, berlaku di kawasan Batu 4 dan Batu 5 di mana korang boleh lihat begitu banyak sofa konkrit, yakni jirat cina kat situ dan masih ada sampai sekarang.. Kisah Janet ni ada banyak versi, kononnya dia mati bunuh diri lepas jadi mangsa rogol atau mati dibunuh orang lepas jadi mangsa rogol. Tapi menurut versi abah aku yang berpindah ke kawasan Batu 4 dan 5 pada era 60-an (masa tu la era seram kat Kuching), Janet, seorang gadis Cina yang berusia 20-an mati dirogol orang.

Cerita dia macam ni, sempena dengan kejayaan tunang Janet melanjutkan study ke oversea, parent diorang adakan majlis pertunangan sebelum tunang Janet bertolak. Si tunang tu ambik flight malam sebab nak spend masa dengan Janet. So, bila masuk waktu malam, Janet decide nak hantar tunang dia sendiri (maybe malu nak kiss2 depan mak bapak dia or malu nak nangis). Lepas hantar tunang dia kat airport, dia pun balik lalu jalan yang sama (dulu jalan kat Batu 4-5 tak macam sekarang; gelap, sunyi, semak belukar). Kemudian, dia berhenti kat situ bila ternampak kayu melintang kat tengah jalan. Niat dia nak alih kayu tu sebab kereta yang dia guna (Ford jenis lama kalu tak silap) tak boleh naik atas kayu tu. Lepas tu....

Berbalik kat kisah orang tua Janet yang tunggu anak dara diorang yang cantik kat rumah. Si ibu nampak Janet ada kat bilik. Tapi Janet macam mengelak nak jumpa si ibu. Setiap kali parent dia nak bercakap, Janet masuk tandas, masuk bilik, keluar rumah. Orang tua Janet mula curiga dengan sikap anak dara diorang. Apa dah jadi terhadap Janet lepas hantar tunangannya ke airport?

Kemudian, kisah awek Cina yang suka tumpang orang mula heboh kat sekitar Batu 4 dan 5. Penduduk yang tinggal kat Kampung Jawa, Haji Baki mula rushing balik kerja (abah aku yang ikut kelas sekolah malam pun cuak masa tu). Pukul 6, jalan raya kat Batu 4-5 dah sunyi sepi. Dikatakan ada la Wak yang lalu jalan tu sekitar pukul 6, terjumpa awek Cina yang nak menumpang motosikal dia. Wak tu kasi la tumpang (sebab tak tau cerita) sampai hujung jalan yang dekat dengan jirat. Bila sampai rumah, Wak tu tercium bau busuk kat tempat duduk belakang motosikal. Lepas tu baru la Wak tu tau pasal kisah Janet.

Selepas 6 bulan berlalu, orang tua Janet tak penah bercakap atau bersua muka dengan anak diorang. So, diorang decide untuk tanya hal tu kat bakal menantu diorang. Kebetulan tunangan Janet balik untuk cuti semester so dia pun rushing balik bila dengar Janet berkelakuan pelik, dan sentiasa pakai baju merah, kasut merah, baju yang dipakai Janet masa hari pertunangan 6 bulan lepas. Tunangan Janet mintak tolong seorang sami sebab dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Janet. Sangkaan lelaki tu akhirnya menjadi betul bila kereta Janet ditemui di bawah bukit dan mayatnya pula disumbat di dalam laluan air besar yang baru saja siap. Janet mati dirogol tetapi tiada siapa yang tahu siapakah si jahat itu.


Kisah Tiga: Bilik yang Dilarang Masuk dan Pelajar Hostel yang Misteri.

Kisah ni dikutip dari kakak aku masa dia jadi student kat salah satu maktab perguruan di Sarawak. Aku tak boleh mention nama demi menjaga keharmonian institusi tersebut. Masa tu, tahun 2001 kalu tak silap. Maktab tu antara maktab lama di Sarawak dan terkandung 1001 kisah suka duka pelajar maktab pada zaman dahulu. 

Kisah pertama; bilik yang dilarang masuk. Setiap maktab akan ada hari untuk pembersihan kawasan kediaman. Tahun tersebut merupakan tahun di mana maktab tersebut terpilih untuk jadi tuan rumah majlis sukan. Seluruh bilik hostel dibuka bagi menyambut pelajar yang bakal bertanding, termasuklah sebuah bilik. Bilik tu tak pernah dibuka sejak sekian lama dan tak pernah diusik pun. Jadi, kakak aku dan member dia assume bilik tu kotor. Tapi, diorang takut nak bersihkan. Walau bagaimanapun, bila pintu bilik tu dibuka, diorang dapati bilik tu sangat bersih, masih ada cadar katil, bantal, buku2 yang tersusun rapi, dan penyangkut pakaian kat dinding. Tak ada secalit debu pun kat lantai, apatah lagi kat buku. Pelik, siapa yang bersihkan?--itu la persoalan kat dalam otak diorang. Then, sorang member kakak aku ambik penyidai pakaian bilik tu sebab dia assume dia boleh ambik barang lama tu, tapi dia silap. Rupa2nya, bilik tu masih dihuni oleh seorang pelajar, yang mati gantung diri kat kipas siling lepas dia tahu dia pregnant dan pakwe dia larik tanak bertanggungjawab. 

Dikatakan, pelajar pompuan tu menyimpan dendam kat lelaki tu menyumpah lelaki tu sebelum mati (apa yang dia sumpah tu aku tak tau). Dek sebab takut, member kakak aku hantar la balik penyidai tu dengan bersusah payah (sebab pintu bilik tetiba terkunci dan bilik jadi gelap). Selang beberapa hari lepas tu, terdengar bunyi orang sapu sampah dan bersihkan bilik pada waktu malam, padahal takde orang pun dalam tu. Kemudian, pelajar maktab lain  berbangsa Cina pun check in dalam bilik tu untuk majlis sukan dan dah diingatkan pasal cerita tu oleh pihak maktab. Syukur, pelajar tersebut ikut apa yang diberitahu dan selamat tak diganggu (alhamdulillah).

Kisah kedua pula kisah kawan kakak aku yang study sampai lewat malam. Kemudian, pintu bilik dia diketuk, muncul seorang pelajar pompuan yang tegur dia jangan study sampai lewat malam dan lebih baik masuk tidur. Lepas tu, pelajar pompuan tu tutup pintu dan blah. Untuk seketika, kawan kakak aku tengah fikir pelajar tu budak kelas mana? Semester bape? Tak penah nampak pun sebelum ni? Dengan selambanya dia keluar dari bilik dan jenguk. Takde orang. Kemudian, dia tutup pintu dan duduk kat kerusi belajar balik. Lepas tu, baru la dia teringat cuma dia sorang je kat row tu, yang lain dah balik cuti.


Kisah Keempat: Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air.

Yang ni pun berlaku kat aku, 7 tahun yang lalu. Masa tu aku join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas.

Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata ngantuk dan mengigau cari bantal, kitorang (aku dan Hajar, kawan aku) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi aku terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik aku, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi aku terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je...cis). 

Jadi, aku pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah aku. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Aku biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi aku malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, aku mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Aku pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan aku yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan aku mandi, aku tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab aku tiba2 rasa musykil). Tapi kawan aku kata lantai bilik air kering dan pandang muka aku dengan wajah konpius.

Jadi, adalah lebih baik aku tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu.


Kisah Kelima: Kakak Senior di Kawasan Ampaian.

Kisah ni aku dengar dari kawan aku yang sekolah kat sekolah agama kat Sarawak (sekolah agama kat Sarawak kan banyak jadi korang cari la sendiri nama sekolah tu). Kisah tu macam ni, aku ringkaskan sebab tak bape nak ingat macam mana begin and ending tapi bab klimaks paling thriller.

Dikatakan ada seorang pelajar pompuan jumpa 'makhluk Tuhan paling seksi itew' dalam tandas. Oleh sebab dia terlalu takut dia pun rushing keluar dari tandas, cari senior nak mintak tolong. Then, dia ternampak seorang kakak senior yang tengah jemur kain baju waktu malam (biasa la, masa dok hostel pun aku jemur baju tengah malam, nanti pagi boleh ambik). Kemudian, pelajar pompuan tu pun berkata, "Kak! Tolong saya kak, saya nampak hantu dalam tandas tadi!". Kakak senior yang tengah sibuk tertunduk-tunduk ambik kain dalam baldi pun membalas, "Hantu? Betul ke?" Pelajar pompuan tu pun berusaha yakinkan kakak senior tu lalu bercerita apa yang terjadi dan suruh kakak tu panggilkan ustaz. Kemudian, kakak tu tanya, "Kau nampak tak muka hantu tu?". Pelajar tu jawab, "Tak pasti, kak. Kenapa akak tanya?"

Sambil menyelak kain jemuran dan tersenyum, kakak tu membalas, "aku la yang kau jumpa dalam tandas tadi..."

(p/s: tak ke gila korang bila nak mintak tolong last2 jadi macam ni pulak?)


Kisah Keenam: Perempuan Kampung Sourabaya.

Ini kisah hot masa aku masih sekolah, zaman Form 1-2 macam tu. Masa tu heboh kisah pompuan dari Kampung Sourabaya. Kampung Sourabaya ni bukannya terletak kat Surabaya, Indonesia. Kampung ni kira kampung terkenal kat Kuching, seangkatan dengan Kampung Boyan, Gersik, Panglima Seman, Semarang, Bintawa etc. Jadi, kisah tu bermula dari kisah lelaki yang balik lewat malam naik motosikal lalu kat area Jalan Malindo (dulu jalan situ sempit, roundabout pun tak besar, tol pun belum wujud). Kat area tu, ada la pompuan  mintak tumpang naik ke Kampung Sourabaya. Ramai lelaki yang terpedaya, jadi ramai yang kasi tumpang. Sampai je kat kampung tu, pompuan tu akan ghaib. Waktu malam diorang tak perasan sangat tapi bila siang, baru la diorang perasan kat satu area tanjung tu terletaknya tanah perkuburan Islam.

Kisah Ketujuh: Kak Ponti Datang Menziarah.

Ini pun kisah masa aku sekolah menengah dulu-dulu, dikatakan ada kak ponti (korang tau kan? jadi tak payah la aku sibuk nak explain apakah makna ponti itu). Dikatakan dari mulut ke mulut, telinga ke telinga tokok tambah darab bahagi, kak ponti tu telah menyerang Kampung Boyan. Jadi budak Kampung Boyan ketakutan tak berani keluar rumah. Malam Jumaat seterusnya, kak ponti kelihatan di atas atap rumah orang Kampung Gersik. Macam tu la seterusnya, kat kampung itu, kat kampung ini dan sepanjang malam mengilai macam nak gila. Mamat motor jadi ahli surau, minah jalan pulak mengaji siang malam. Kesahihan tu tak dapat nak dipastikan tapi sepanjang aku sekolah kat situ (exclude masa Form 6 dua tahun), kisah tu berulang setiap tahun pada pertengahan tahun. Sekarang aku dah tak sekolah lagi jadi aku tak tahu sama ada kisah tu masih ada atau dah ada jalan penyelesaiannya. Actually, bagus juga bila kak ponti datang menziarahi...surau yang sepi itu menjadi berseri-seri dengan kehadiran pemuda dan pemudi...tak gitu?


Kisah Kelapan: Pisau jadi Berus Gigi

Yang ni kisah dari sebuah asrama sekolah agama yang berlainan, kisah dari kawan aku bernama Aisah. Orangnya baik dan sangat bersifat 'Nur Kasih'. Menurut cerita kawan aku dan aku imbas kembali dari ingatan yang samar, kisah tu bermula dari seorang pompuan yang nak ke tandas untuk bersihkan muka dan gosok gigi sebelum tidur. Kawan sebilik dia kata kejap lagi dia ikut ke tandas. Maka pompuan tu pun pergi la ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, dia nampak ada kawan dia khusyuk gosok gigi. Dia pun menyapa, "ai, kau gosok gigi lagi cepat dari aku" dengan nada bergurau. Tanpa menyedari apa2, dia pun bercerita itu ini dengan bahagia dan gembira hendaknya...sampai la dia perasan blood dripping kat lantai. Perlahan-lahan, dia follow up tengok blood tu datangnya dari mana, dan akhirnya dia perasan kawan dia tengah gosok gigi guna pisau. So, dia pun kata (sambil berzikir bayangkan tasbih)... "ah, aku nak balik bilik dulu lah...". Dia tahu itu bukan kawan dia.

Tapi, bila pompuan tu dah niat nak angkat kaki, pompuan yang tengah blood dripping pun berkata, "kau dah tahu aku siapa kan?". Apa lagi, pompuan tu pun cabut lari! 

Actually, kisah pisau jadi berus gigi ni femes kat asrama sekolah, kecuali sekolah aku. Sekolah aku ada cerita lain.


Kisah Sembilan: Pak Tua Keliling Padang dan Nyanyian atas Bumbung sekolah.

Aku duduk di hostel sekolah tak lama sebenarnya. Cuma 8 bulan, baki 2 bulan tu aku cabut lari sebab stres (ngan kawan lelaki aku yang kurang beradab, tak kena layan ngan kawan baik sendiri-salah aku kot sebab tak pay attention kat dia, budak hostel main bola sepak dalam bilik-kasi aku naik hangin, dan tak boleh study sebab asyik ada perjumpaan ngan warden-sakit hati sebab konfem gagal paper Ekonomi). Tapi, bukan cerita tu yang aku nak cakap. Kisah pak tua keliling padang tu sebenarnya kisah senior aku, kawan kakak aku. Kata dia, masa dia duduk di hostel selama 7 tahun (Form 1- Upper 6), ada urban legend mengenai ksiah pak tua takde kepala keliling padang bola sepak yang berdepan dengan hostel budak lelaki 7 kali dan berhenti tepat2 kat tengah. Lepas tu hilang. Kisah pak tua ni memang terkenal dan bukan benda main2. Pak tua tu memang wujud. Pihak sekolah yang prihatin akan masalah tu telah mencuba kaedah Islam dan selepas tu, kisah pak tua tu hilang bersama pembangunan sekolah. Pak tua itu dikatakan askar Jepun kalah perang (actually tapak sekolah aku memang bekas tapak perang) tapi memandangkan pak tua tu takde kepala so takde bukti nak kata pak tua tu bermuka Jepun atau bermuka Western.

Pasal nyanyian atas bumbung sekolah, yang itu pasal kawan aku (aku panggil dia Ida). Dia memang sangat suka menyanyi lagu Siti Nurhaliza tak kira siang atau malam. Even lepas solat dia terus nyanyi apa je lagu yang terlintas kat dalam kepala. Kata budak bilik aku, kisah tu terjadi setahun sebelum aku masuk hostel. Ida yang sangat suka menyanyi tu duduk berehat waktu malam kat atas koridor tingkat tiga (tingkat paling atas lalu menyanyi lagu irama tradisional sambil sikat rambut dia yang panjang mengurai tu). Malam seterusnya, diorang dah nampak kelibat sebijik macam kawan aku tapi itu bukan Ida. Kawan aku balik kampung masa tu. Lepas tu, aku dengar dari budak hostel lain yang Ida kena warning, tak boleh menyanyi macam tu lagi. So yang ni maybe tak urban sangat kot..


Kisah Kesepuluh: Jangan Letak Beg atas Loker Anda!

Yang ini amaran pertama yang aku terima dari warden sekolah dan budak sebilik ngan aku. Aku, yang pada mulanya tak tahu apa pasal- kenapa, bagaimana, mengapa, apa dan bila, pulak boleh letak beg dengan selamba atas loker. Satu bilik tak kasi aku dan kawan aku buat macam tu...maklumlah aku dan kawan aku tu orang baru, mana tau. Lepas tu, budak bilik aku kasi tu masa Ara (budak Form 3 yang sebilik dengan aku) baru datang dari Miri jadi dia letak beg atas loker (kebetulan dia duduk katil atas double decker jadi dia ingat senang la letak barang dekat dengan tempat tidur dia).

Malam tu, diorang dengar bunyi orang sepak terajang jalan seret2 dan hentak hempuk kat semua loker, satu bilik jadi ketakutan. Esok pagi, Ara terus campak beg dia dalam almari baldi. Malam seterusnya, bunyi tu dah takde lagi. Aku yang kecut perut sambil pandang memandang kat kawan aku tu terus simpan beg dalam loker sendiri dan tidur dengan berdebar-debar pada malam pertama kat hostel. Walaupun aku tak tahu sama ada kisah tu kisah benar atau tidak, aku tak nak ambik risiko. Lagipun, satu blok bercakap benda yang sama so lebih baik mengembek bila orang lain mengembek.

(p/s: ramai jugak asrama sekolah tak benarkan pelajar letak beg atas loker..mungkinkah disebabkan alasan yang sama?)

Kisah Kesebelas: Main Spirit of the Coin.

Korang tau game papan Ouija? Papan tu guna duit syiling untuk panggil roh dan bercakap dengan roh tu. Permainan Spirit of the Coin ni lebih kurang macam Ouija, femes pada era 90-an bagi budak2 sekolah. Kemudian, kefemesan tu mempengaruhi budak sekolah rendah, dan kawan kakak aku try main game tu sebelum mula kelas fardu ain (kalu tak silap). Itu pun sebab curious nak tau betul ke game ni boleh panggil spirit? Kakak aku tak join sekali, dia menjauhkan diri dari diorang sebab kakak aku bukan jenis orang kuat semangat.

So, bebudak sekolah rendah tu pun main Spirit of the Coin dengan bersungguh-sungguh. Pada awalnya takde apa2 yang terjadi so diorang gelak2 tak percaya dan try lagi. Padan muka diorang, salah seorang kena rasuk, terpaksa mintak tolong cikgu.

Sebenarnya, fungsi Spirit of the Coin dan Papan Ouija tu sama je. Cuma yang bezanya Spirit of the Coin  guna syiling (biasanya 50 sen) dan senaraikan apa yang korang nak tanya atau tahu kat atas lantai atau meja. Selebihnya, game tu sama macam Ouija, reramai sentuh duit syiling dan panggil benda yang tak sepatutnya dipanggil.


Kisah Dua Belas: Jaga Kebersihan Anda Ketika Berada di Kem Sematan.

Kem Sematan merupakan tempat cantik dan indah, tempat wajib untuk senior sekolah aku jalani aktiviti gempur motivasi untuk sekian lamanya-tradisi sekolah turun temurun. Kakak aku pernah ke situ (balik rumah terus demam2), kakak aku yang second pun pernah ke situ (orangnya berani so beliau balik dengan gagah) dan aku pun pernah jugak ke situ (aku balik dengan penyakit gatal kulit sebab jadi penyu kat pantai). 

Dipendekkan cerita, chalet kediaman kitorang ni ditumpang oleh beberapa student pompuan lain yang agak kurang bersih sifatnya. Tak boleh salahkan diorang jugak, budak satu hostel aku pun pengotor, ramai yang datang bulan tapi tak reti nak bersihkan elok2 (dengan alasan rushing jadi tak sempat nak cuci spender sendiri). Aku, yang jugak masa tu dalam tempoh bulan Jepun, aku teringat pesan cikgu dan warden chalet yang ingatkan pelajar pompuan pasal kebersihan. Jadi aku cakap la, jangan la pengotor sangat. Tapi diorang dengar tak dengar je nasihat aku.

Suatu pagi, cikgu aku dah sound menyalak dengan pembesar suara, kasi budak bangun dan solat Subuh. Aku yang masih cuti2 Malaysia masa tu pun join budak non muslim yang rest kat satu rumah, kat situ diorang buat acara Christian Fellowship (nyanyi Puji Tuhan sambil main gitar). Before aku nak kunci pintu chalet, kawan aku 2 orang (non muslim) tak kasi, diorang cakap ada budak pompuan free hair pakai baju lengan panjang macam kitorang masuk dalam tandas. Aku kata aku tak nampak. Kitorang pun argue pasal tu dan akhirnya decide tengok dalam tandas. Aku bukak pintu satu2, tengok kolah, tengok bilik shower tapi xde orang. Lepas tu kitorang saling memandang (dah faham lagi mengerti akan situasi tersebut). Apalagi? Kitorang pun blah dan bila habis aktiviti petang, kitorang bawak baldi, mop, penyapu dan kain buruk.

Sudah tiba masanya untuk kitorang menjaga kebersihan seperti yang sepatutnya.

__________________________________________
Setakat ni kisah seram yang aku tau kat negeri aku. Yang femes di kalangan orang2 yang tahu. Kebanyakannya berlaku kat Kuching dan selebihnya kat kawasan2 lain. Jadi, sekiranya korang tau kisah seram yang lain di negeri korang, korang boleh share kat sini (dalam kotak komen). Sekian saja untuk kali ini. 

p/s: Trimas untuk rakan2, adik beradik dan mak abah yang menyumbangkan cerita.


MaGi2012

8 comments:

  1. wah beraninya saya huhuhu (beranilah sangat bluerkkkkkkkkkkk)

    ReplyDelete
  2. asal xda side effect pas balit dari kem, kira dicop sebagai berani lah ya...=D

    ReplyDelete
  3. ...teringat pengalaman waktu diam hostel, camping, dsb...

    ReplyDelete
  4. biasalah, macam2 ada masa join camping or diam hostel

    ReplyDelete
  5. Tq.....mmg cer yg cntik.....tq....sy pon owg srwk....

    ReplyDelete
  6. NI SAYA NAK TAMBAHKAN SEDIKIT CERITA APA YANG SAYA DAH ALAMI SELAMA SAYA STUDY DI SATU COLLEGE DI KUCHING BATU KAWA NI. NAMA TAK PAYAH LAH SAYA SEBUTKAN, TAKUT MEMALUKAN NAMA COLLEGE TERSEBUT. NAK DIJADIKAN CERITA HARI PERTAMA MASUK SEMUA NKELIHATAN OKAY. HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA DAN MINGGU SEETRUS NYA OKAY. KAMI DITEMPATKAN DI RUMAH ATAS KEDAI SEBAGAI ASRAMA KAMI. JADI RUMAH DI ATAS KEDAI YANG KAMI DIAMI INI ADA PENGHUNINYA TAPI TELAH BERPINDAH. JADI DALAM RUMAH INI ADA TIGA BILI. MASTER ROOM DAN DUA LAGI BILIK BIASA. JADI MASTER ROOM INI MEMANG DILARANG UTK DIBUKA DAN DIKACAU. KAMI DALAM RUMAH TERSEBUT ADA 13 ORANG.SELEPAS ITU ADA LAH BEBERAPA ORANG BUDAK NAKAL NI BUKA DAN GANGGU BILIK TERSEBUT. DARI SIRTULAH BERMULA NYA GANGGUAN DARI MAHLUK MAHLUK TAK KASAT MATA. SELAIN ITU, BUDAK BUDAK DIHOSTEL NI SANGAT SANGAT NAKAL SAMPAI BERJUDI, MINUM MINUMAN KERAS, BAWA PEREMPUAN DAN ETC. DISEBABKAN ITU MAHLUK MAHLUK INI MARAH. SYA TELAH JADI MANGSA MULA MULA KENA SAMPUK SELEPAS ITU SAYA KENA RASUK DAN KAWAN SAYA PUN KENA RASYUK JUGA. MAHLUK ITU ADA DUA ORANG. YANG PEREMPUAN MASUK KE DALAM BADAN SAYA DAN YANG LELAKI MASUK KEDALAM BADAN KAWAN SAYA. YANG LELAKI DITANYA NAMA DIA ISMAIL DAN LEMAH DAN YANG PEREMPUAN DIA TIDAK MEMBERITAHU NAMYA DAN SANGAT KUAT. PADA MASA ITU SEMASA DIRASUK 10 LELAKI(ROOMATES SAYA) TELAH BADAN SAYA TAPI SEMUANYA KALAH. JADI ADA LAH SEPUPU SAYA NI SAMA HOSTEL NGAN SAYA THEN DIA LAH YANG TELAH MENGELUARKAN DAN MENGHALAU BENDA TERSEBUT DARI BADAN SAYA. SETELAH ITU SAYA FIKIR SEMUA INI AKAN TAMAT TAPI DIA DATANG LAGI MENGGANGU SAYA DAN MENAMPAKKAN DIRI PADA SAYA. PEREMPUAN YANG MEMAKAI KEBAYA MERAH DAN BANYAK LAGI. DARI KEJADIAN TERSEBUT LAH SAYA DAN MERASA DAN SAYA DAPAT MELIHAT KEHADIRAN MEREKA INI. SANGAT SADIS SAYA MEMANG TAK SUKA BOLEH ADA INDERA KE ENAM SEBAB MEREKA AKAN USAHA UTK MENDEKATKAN DIRI MEREKA DENGAN KITA.SO ITULAH KISAH SAYA. MORAL OF TEH STORY JANGAN SESEKALI ANDA MELANGGAR PERATURAN DI RUMAH YANG ANDA BARU TEMPATIN DAN JANGAN SESEKALI BERBUAT SESUKAHATI SEPERTI MEMBUAT RUMAH ITU TIADA PERNGHUNI LAIN. THANK YOU ADIOS

    ReplyDelete