Wednesday, 9 July 2014

Ramadhan 11: Firaun yang Mengejar Nabi Musa a.s ialah?

Selamat petang kepada pengunjung, teruskan mengunjung dan semoga hari ini lebih indah bersama MaGi. Hari ini Ramadhan 11, masih di awal Ramadhan dan aku berlumba-lumba lengkapkan juzuk. Takut akhir bulan puasa nanti aku tak dapat habiskan semua juzuk yang ada. Tapi, dalam aku sibuk race nak khatam, aku baca tafsiran berkenaan dengan kisah Nabi Musa a.s dikejar Firaun sampai ke Laut Merah. Selama ni pun, masa di sekolah, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah pun bercerita perkara yang sama.

Tetapi, nama Firaun itu tidak disebutkan di dalam Al Quran. Ia adalah satu rahsia, misteri pada masa silam. Jadi, terdapat beberapa pendapat siapakah Firaun yang dimaksudkan?

Kelahiran Nabi Musa a.s

Okay, sedikit kisah berkenaan dengan Nabi Musa a.s. Baginda merupakan Nabi dan Rasul yang menerima kitab Taurat. Nabi Musa a.s diutus oleh Allah SWT untuk membantu dan membawa kaum Bani Israil kembali ke jalan yang benar. Nabi Musa a.s diberi mukjizat tongkat yang mampu berubah rupa. Kelebihan mukjizat tersebut berjaya mengalahkan tukang sihir Firaun dan menarik ramai orang mengikut Nabi Musa a.s, termasuklah isteri Firaun yang dikenali sebagai Asiah. Nabi Musa a.s juga terkenal dengan mukjizat membelah Laut Merah dan sekaligus menenggelamkan Firaun dan pengikutnya yang mengejar dari belakang.

Senarai nama Firaun sezaman dengan Nabi Musa

Nabi Musa a.s dikatakan lahir di Mesir pada sekitar tahun 1436 SM (ada juga sumber yang mengatakan 1392 SM) dan diangkat menjadi Rasul pada sekitar 1450 SM. Tempoh masa hayat Nabi Musa a.s dikatakan selari dengan masa pemerintahan Firaun dari Dinasti 18 hingga awal Dinasti 19.

Dinasti 18:
Ahmose-Amenhotep I-Tuthmosis I- Tuthmosis II-Tuthmosis III-Hatshepshut-Amenhotep II-Tuthmosis IV-Amenhotep III-Amenhotep IV (Akhenaten)-Nefernefruaten-Tutankhamun-Ay-Horaemheb

Dinasti 19:
Ramesses I-Seti I-Ramesses II-Merenptah-Amenmessu-Seti II-Saptah-Tausret

credits:touregypt.com
Firaun pertama yang dikatakan tenggelam bersama pengikutnya di Laut Merah ialah Ramesses II dari Dinasti 19. Mumia Firaun Ramesses II telah diterbangkan ke Perancis pada 1975 dan melalui prosedur pemeriksaan oleh pakar yang diketuai oleh Pr.Dr. Maurice Bucaille. Menurut kajian, terdapat sisa-sisa garam yang banyak melekat di tubuh mumia Ramesses II. Para pengkaji percaya, sisa garam itu datangnya dari laut. Tapi keadaan mumia Ramesses yang begitu baik dan tidak ada sebarang kecacatan telah meragukan mereka sama ada Ramesses II pernah tenggelam di dalam laut.


credits:touregypt.com
Firaun kedua yang dikatakan tenggelam kerana mengejar Nabi Musa a.s itu ialah Merenptah, anak Ramesses II. Mumia Merenptah juga seutuh mumia Ramesses II yang ditemui oleh pakar arkeologi di Thebes pada 1898. Merenptah juga hidup sezaman dengan Nabi Musa jadi terdapat teori mengatakan Merenptah ialah Firaun yang tenggelam di Laut Merah. Tapi, tidak ada bukti yang begitu kukuh untuk menyokong teori tersebut.


credits: amenhotepii.weebly
Firaun yang ketiga yang dipercayai Firaun yang mengejar Nabi Musa a.s ialah Amenhotep III dari Dinasti 18. Beberapa pendapat menyokong bahawa Amenhotep III ialah Firaun yang dimaksudkan kerana Amenhotep III juga hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s dan baginda hidup selama 120 tahun. Jadi jarak usia Nabi Musa a.s dengan tempoh kerajaan Firaun ialah dari zaman Amenhotep II hingga Ramesses II. Ramesses II memerintah pada 1279 SM dan beza 2 tahun dari tahun kewafatan Nabi Musa a.s
credits:
skepticink

Maka, Amenhotep III adalah calon yang ideal kerana terdapat sumber mengatakan putera Amenhotep III iaitu Amenhotep IV sempat beriman pada Satu Tuhan yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. Teori ini diperkuatkan dengan lagi selepas kematian Amenhotep III, Amenhotep IV memilih satu agama baru iaitu agama monoteisme (menyembah Tuhan yang Satu) tetapi imannya terpesong lalu memuja Aten, Tuhan Matahari Tunggal. Oleh sebab itu Amenhotep IV menukar namanya menjadi Akhenaten.

(*Sedikit info tentang Akhenaten, Firaun ini dikatakan mempunyai bentuk badan yang sedikit aneh iaitu tengkorak kepala yang lonjong dan bentuk badan seperti buah pear. Akhenaten digambarkan sebagai lelaki yang bertubuh kurus/langsing, perut yang buncit dan punggung yang lebar seperti wanita. Bentuk fizikal ini kemudiannya diwarisi oleh keturunan seterusnya iaitu Tutankhamun. Kisah Akhenaten pernah diterbitkan di dalam History Channel)


Pengajaran kisah?

Sesungguhnya, kisah Nabi Musa a.s menyelamatkan pengikutnya yang terdiri dari kaum Bani Israil yang hidup teraniaya di Mesir sangat mengagumkan sehingga orang Nasrani dan Yahudi juga memuja mukjizat Nabi Musa yang dapat membelah laut. Tapi sayang, kerana Nabi Musa terlewat 10 hari untuk bertemu semula dengan pengikutnya, pengikutnya berubah hati, ragu-ragu dan memilih untuk melupakan agama Allah lalu mempercayai tuhan sapi. Betapa hati orang-orang ini tidak tetap, tidak bersyukur, mahu melihat wajah Allah barulah mereka kembali percaya, malah memberi banyak alasan. Pengajaran? Semoga hati kita terus tetap pada Yang Satu dan tidak muzabzab seperti mereka.

"Kadang-kadang syaitan itu datang kepadamu sambil berkata: siapa yang menciptakan ini, menciptakan itu, sampai ia berkata, siapa pula yang menciptakan Tuhanmu? Apabila telah sampai di sana maka mintalah perlindungan Allah daripadanya dan nyahkanlah bisikan itu."

p/s: kalau teringin nak pecah puasa, tutup telinga dan mata dan nyahkan bisikan tu ^^


@themagi2014
Ruj:
Sangtawal.blogpsot|Wikipedia|Wikimedia|Detikislam.blogspot|Carigold.com| Ancient Egypt (2010)  by Lorna Oakes and Lucia Gahlin, chapter Kings of Egypt p.340-341 and Akhenaten's New Religion p.380-382|Permata hati Baitulmal|Historywiz.com

No comments:

Post a Comment